Sultan Selangor seru umat Islam terus bersatu padu
Iklan
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru agar umat Islam agar terus bersatu padu dan berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik dari segenap aspek.
Baginda bertitah agar umat Islam dan Melayu khususnya, perlu berazam untuk memajukan diri demi mengukuhkan perpaduan ummah dan keharmonian negara, serta terus berjaya dalam bidang sosial dan ekonomi.