Dr Noor Hisham dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bergambar selepas dikurniakan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah, pada sambutan di Masjid Negara, malam ini.

Syeikh Al-Azhar Al-Syarif Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula, diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Iklan
Iklan

Pengumuman dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama,) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh tersebut dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam, di peringat nasional dan global.

Iklan

Malah kedua-dua tokoh terbabit mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh terbabit masing-masing, menerima pingat dan sijil penghargaan.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan anugerah berkenaan pada majlis itu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis itu yang juga dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Bernama