'Perbezaan pandangan beri isyarat kurang baik kepada rakyat'

Iklan
Bung Moktar, Ahmad Zahid dan Abdul Rahman

SHAH ALAM - SHAH ALAM - Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Kagum) terkejut dengan kritikan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung pemilihan calon Ketua Menteri Sabah sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden Kagum, Syaiful Arief Mohamed Said berkata, walaupun isu yang diketengahkan konsisten dengan keputusan kepimpinan tertinggi UMNO namun perbezaan pandangan secara terbuka sebelum pilihan raya Sabah mengejutkan.

Iklan
Iklan

"Umum mengetahui bahawa kerajaan Sabah di bawah Warisan-PH tumbang kerana perbalahan terbuka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak lagi menyokong kepimpinan Ketua Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi saya 'cool down' dulu: Bung Moktar

Zahid serah kepada BN Sabah pilih Ketua Menteri

Iklan

'Semua ahli perlu akur Bung Moktar ketuai PRN Sabah'

Pemuda UMNO Sabah ikrar pertahan Bung Moktar

Iklan

"Justeru, melihat kepimpinan UMNO menzahirkan perbezaan pandangan secara terbuka amat dibimbangkan menghantar isyarat yang tidak baik kepada pengundi di Sabah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada sidang media semalam, Abdul Rahman mendakwa keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk menentukan calon Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRN Sabah didakwa melanggar autonomi UMNO negeri itu.

Jelasnya, keputusan tersebut juga tidak dibincangkan Ahmad Zahid dengan ketua-ketua UMNO bahagian Sabah.

Mengulas lanjut, Syaiful Arief khuatir imej dan persepsi rakyat terhadap UMNO yang kelihatan bertelingkah secara terbuka menerusi sidang media dan ia juga tidak berkisar kepada isu penting rakyat negeri itu.

"Insiden ini memberi isyarat bahawa perubahan UMNO masih belum lengkap dan dikhuatiri menjejaskan moral jentera pilihan raya yang berharap kerjasama pemimpin tertinggi mereka.

"Sebarang keretakan akan menjejaskan keyakinan rakan-rakan parti yang sudah menyatakan sokongan kepada kepimpinan parti itu," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya mendokong mana-mana pihak yang bersedia mencalonkan personaliti yang segar, berwawasan dan diterima rakyat Sabah supaya agenda pemulihan ekonomi Sabah pasca Covid-19 yang direncatkan oleh kegagalan Warisan-PH dapat diteruskan secepat mungkin.