TNB pintas THT

Iklan
Foto: Malaysian Hockey Confederation

JUARA Piala Tan Sri P. Alagendra, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil alih kedudukan teratas Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia (LHM) daripada Kelab Hoki Terengganu (THT) selepas menang bergaya 7-1 ke atas Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pada aksi hari ini, TNB selesa mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan menerusi jaringan Shazril Irwan Nazli pada minit ke-10, Muhammad Arif Syafie Ishak (minit ke-19) dan Firhan Ashaari (minit ke-29).

Iklan
Iklan

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, TNB menambah empat lagi gol menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (minit ke-38), Muhammad Arif Syafie (minit ke-41), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (minit ke-45) dan Shello Silverius (minit ke-58).

Foto: Malaysian Hockey Confederation

Maybank berjaya meraih gol saguhati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan bekas pemain kebangsaan, Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-48.

Iklan

Dalam pada itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) meraih kemenangan sulung selepas empat perlawanan setelah menewaskan pasukan tercorot, TNB Thunderbolts 2-1 di Stadium Hoki UiTM, Shah Alam.

Pada perlawanan berkenaan, UiTM mendahului perlawanan hasil gol padang Mohamad Izuan Azhar pada minit ke-13, sebelum TNB Thunderbolts menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhamad Aminudin Mohd Zain.

Iklan

Pemain import dari Jepun, Fukuda Kentaro mengesahkan kemenangan untuk UiTM apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-55. - Bernama