Ronaldo umum bersara, bakal serahkan jersi nombor tujuh

Iklan
Ronaldo - FOTO: AFP

BINTANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo mengumumkan hasrat untuk menamatkan karier antarabangsanya bersama skuad kebangsaan selepas tamat aksi jendela antarabangsa November ini.

Pemain berusia 41 tahun itu mengesahkan keputusan berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial, sekali gus memberi petanda penghujung perjalanan panjangnya bersama Selecao.

Iklan
Iklan

Ronaldo turut memberi bayangan bakal menyerahkan jersi nombor tujuh yang cukup sinonim dengan dirinya selepas tamat tugasan antarabangsa bulan ini.

Sepanjang mewakili Portugal, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu merekodkan 234 penampilan serta meledak 146 gol.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan, Ronaldo kekal sebagai pemegang rekod penampilan terbanyak dan penjaring terbanyak sepanjang zaman di pentas antarabangsa.