Felda United tenang aksi tanpa penonton
Iklan
Dua pemain Felda United cuba mengekang asakan pemain Negeri Sembilan pada aksi persahabatan berkenaan - Foto Negeri Sembilan FA
BERAKSI tanpa kehadiran penyokong dilihat tidak memberikan masalah kepada Felda United menyifatkan beraksi tanpa kehadiran penyokong tidak akan menjejaskan momentum kelab bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini.
Ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil berkata, skuad The Fighters akan beraksi seperti biasa bagi mengharungi baki tujuh perlawanan Liga Super yang terpaksa ditangguhkan sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Bagi saya, kita tidak rasa terganggu tanpa kehadiran penyokong atau pun penonton. Sebab ini adalah undang-undang dan kita perlu akur terutamanya dalam keadaan sekarang.
"Cuma kita rasa bersimpati terhadap penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berlangsung.
Iklan
"Kita juga kalau boleh sememangnya mahukan aksi kita ditonton, tetapi dalam keadaan sekarang kita perlu akur kerana ia (larangan kehadiran penyokong/ penonton) adalah undang-undang yang perlu dipatuhi,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika mengulas mengenai persiapan The Fighters setakat ini, Nidzam berkata, beliau gembira dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan penyerang import, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal selain Muhammad Danial Amier Norhisham.
Iklan
"Saya sudah berikan peluang kepada Khairul Amri pada aksi persahabatan berdepan Negeri Sembilan Sabtu lalu yang menyaksikan dia menjaringkan kedua-dua gol pasukan. Itu satu petanda positif.
"Saya juga gembira kerana Danial Amier juga dilihat sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan ini menandakan kita sudah mula memiliki kumpulan pemain yang besar,” ujarnya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.