Zambry keluar sesi pendengaran awam PAC

Iklan

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang hadir ke Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini bertindak keluar sebelum soalan dikemukakan.

Tindakan itu dibuat selepas pihak jawatankuasa kekal dengan pendirian mahu sesi pendengaran tersebut dibuat secara terbuka.

Iklan
Iklan

Zambry dalam penjelasan awalnya memaklumkan sesi tersebut tidak dijalankan mengikut tatacara dan amalan biasa PAC Perak kerana di Parlimen sendiri tidak pun dibuat sesi pendengaran awam tersebut.

Pengerusi PAC Perak, Leong Cheok Keng bagaimanapun mengarahkan Zambry kekal dan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan PAC.

Iklan

Katanya, tindakan Zambry keluar daripada sesi tersebut disifatkan sebagai menghina jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun Zambry kekal dengan keputusannya dan menganggap ia bukan satu penghinaan.

Iklan

"Saya tidak hina jawatankuasa. Kalau saya tak hadir, ya, saya menghina jawatankuasa. Kehadiran saya ini sebagai membantah tatacara dan amalan jawatankuasa PAC ini.

"Saya sedia memberikan kerjasama dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan jika jawatankuasa membuat sesi pendengaran itu mengikut tatacara dan amalan biasa," katanya.

Sesi Pendengaran Awam PAC pada pagi ini dihadiri lima ahli manakala dua lagi ahli daripada BN iaitu Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Adun Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim.