Pas arah batal program parti di Kedah
Iklan
Musodak Ahmad
ALOR SETAR - Pas Kedah memutuskan agar semua program parti berbentuk perhimpunan di negeri ini dibatalkan atau dipinda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Setiausahanya, Musodak Ahmad berkata, langkah itu diambil mengambil kira pertambahan mendadak kes Covid-19 di negeri ini yang semakin membimbangkan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga dinasihatkan supaya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa demi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.
"Marilah kita terus memantapkan munajat dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT supaya mengangkat segera pandemik yang sedang melanda kita ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Dalam perkembangan terkini yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh buah daerah di negeri ini merekodkan kes Covid-19.
Daerah itu ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Yan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa"><meta itemprop="description" content="PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa
Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan terdapat beberapa pertindihan tuntutan kerusi antara parti komponennya, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan yang berlangsung pada Selasa berjaya menyelesaikan sebahagian besar agihan kerusi, namun beberapa kerusi yang menjadi pertindihan masih memerlukan perbincangan lanjut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784965/berita/politik/pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-prn-johor-ada-pertindihan---annuar-musa
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #Politik #PN"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-23T12:51:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bskXQ1gEe5K0Tk0pl/x1080"><meta itemprop="duration" content="P62S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xai4guy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xai4guy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xai4guy"></script>