Lelaki maut tersepit di celahan pokok

Iklan
Anggota JBPM menurunkan mayat mangsa yang tersepit di celahan pokok dalam kejadian di sebuah sekolah di Sungai Pelek, Sepang, hari ini.

SEPANG - Seorang pemotong pokok ditemui maut tersepit di celahan sebatang pokok dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah sekitar Sungai Pelek di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi sebelum sepasukan anggota ke lokasi terlibat bagi melakukan tugas-tugas menyelamat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sewaktu tiba, pasukan penyelamat mendapati seorang lelaki tersepit di celahan sebatang pokok yang berketinggian tiga meter.

"Sewaktu tiba, anggota cuba menurunkan lelaki terbabit dan dia dipercayai telah meninggal dunia.

Iklan

"Bagaimanapun, JBPM masih menunggu pengesahan kematian daripada pihak hospital," katanya kepada Sinar Harian.

Hafisham berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur bunuh diri dalam kejadian itu.

Iklan

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.