Pengarah Penguatkuasa MBSA direman

Iklan
Seorang Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA direman bagi membantu siasatan berkaitan rasuah melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

PUTRAJAYA - Seorang Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan susulan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Terdahulu menurut sumber, beliau yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan baharu ini menjadikan keseluruhan 10 individu yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup ditahan SPRM bagi kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM

Iklan

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Awal minggu ini, seorang peniaga yang dikenali sebagai Asri Janggut menerusi siaran langsung di Facebook mendedahkan aktiviti judi dan penjualan rokok seludup berleluasa di sekitar Sungai Buloh.

Iklan

Siasatan SPRM mendapati penguat kuasa dipercayai mengutip dan menerima suapan RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada beberapa peniaga tersebut.

Wang suapan itu dikatakan untuk melindungi premis haram daripada diambil tindakan.

Selain berperanan melindungi premis tertentu, ada di antara mereka didakwa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Ia menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram.