Tuduh polis, tentera tak solat: Asri Janggut tiba di Bukit Aman
Iklan
Asri Janggut (kiri) hadir di Bukit Aman, hari ini untuk direkod keterangan.
KUALA LUMPUR - Peniaga burger kontroversi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut tiba di Bukit Aman, hari ini, untuk memberi keterangan berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.
Asri dilihat tiba kira-kira jam 10.25 pagi dengan ditemani peguamnya, Datuk Shaharudin Ali.
Iklan
Iklan
Keterangan Asri akan direkodkan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan akan memanggil semua individu terbabit dalam wawancara dihadiri oleh Asri Janggut.
Iklan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu berkenaan sudah dikenal pasti membabitkan mereka yang diwawancara, penganjur dan penghasil dua video terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) dan 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Iklan
Terdahulu, Mohd Asri mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.
Dakwaan peniaga burger yang kontroversi itu tular dalam media sosial dan dikecam ramai netizen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>