’Sedih lihat gambar kemalangan, terbayang mak’

Iklan
Mohd Zakri

IPOH -"Apabila gambar-gambar kemalangan tular, nampak mereka... saya sedih,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, waris tujuh sekeluarga yang maut dalam nahas MPV di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai di sini semalam.

Menurut Mohd Zakri, walaupun identiti tidak dinyatakan tetapi gerak hatinya berasa kemalangan itu membabitkan ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

"Sepupu hubungi beritahu mengenai kemalangan itu dan kami tidak pasti lagi tetapi gerak hati menguatkan yang itu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh maut, Alza bertembung lori

Iklan

Identiti mangsa nahas MPV dikenal pasti

"Lihat gambar itu, sayu rasa hati dan terbayang wajah mereka terutama mak selepas melihat keadaan kereta begitu,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Iklan

Mohd Zakri berkata, ibunya, Fatimah Mat Isa, 68, individu paling gembira dapat mengikuti percutian ke Pulau Pangkor dan Cameron Highlands.

"Mak jarang jalan jauh selalu pergi Pulau Pinang sahaja. Masa mak tidur rumah saya, mak nampak ‘happy’. Sempat mak tidur rumah adik-beradik dan jenguk cucu-cucunya.

"Sebelum kejadian, adik perempuan ada buat panggilan dan panggilan video. Saya nampak mereka sangat gembira,” katanya.