OKT bergari ditemui mati terjatuh dari tingkat lima
Iklan
GEORGETOWN - Seorang lelaki yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) ditemui mati dalam keadaan tangan masih bergari dipercayai terjatuh daripada tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, lelaki berkenaan ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah.