Bank Islam komited jaga kebajikan ummah

Iklan
Mohd Muazzam (dua dari kiri di depan) bersama tiga penerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sadaqa House di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) komited melaksanakan agenda kewangan sosialnya dengan memberi sumbangan kepada dua badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang individu terpilih.

Sumbangan melibatkan bantuan sebanyak RM24,000 kepada Mercy Mission Malaysia, sebuah van serbaguna kepada Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) dan bantuan pendidikan kepada pelajar SEGI College iaitu Muhammad Fayyadh Haziq Abdul Aziz.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sumbangan merupakan inisiatif platform pendanaan awamnya iaitu Sadaqa House untuk membantu menjaga kebajikan ummah dalam pelbagai sektor yang kurang mendapat perhatian.

"Sumbangan kepada Mercy Mission Malaysia bertujuan membantu umat Islam dalam pelbagai bidang dan memberi manfaat kepada 40 orang selama setahun manakala van serbaguna memberi manfaat kepada lebih 80 orang warga BJCK untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Iklan

"Muhammad Fayyadh Haziq yang juga pelajar cemerlang program Ijazah Sarjana Kejuruteraan menerima bantuan selama tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sadaqa House merupakan usaha Bank Islam untuk memperkasakan rangkuman kewangan golongan sasar yang memerlukan.

Iklan