Harga RON95, RON97 turun 5 sen, diesel turun 4 sen
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun empat sen bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos 2020.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel RM1.79.