AFC: Empat stadium tuan rumah aksi Liga Juara Juara Asia
Iklan
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat stadium akan menjadi tuan rumah perlawanan Liga Juara Juara Asia (ACL) dari peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober depan.
Perlawanan akan diadakan di empat stadium iaitu Stadium Al Janoub, Stadium Khalifa, Stadium Education City dan Stadium Jassim bin Hamad yang mempunyai teknologi penyejukan yang unik, lapor agensi berita Qatar.