Bapa nekad curi telefon bimbit demi anak

Iklan
Sugeng memberi sumbangan telefon bimbit kepada anak perempuan lelaki tersebut di rumahnya. - Foto Detik News

JAWA - Kisah seorang lelaki dari Garut, Jawa Barat terdesak mencuri telefon bimbit untuk anaknya mengikuti pembelajaran dalam talian mengundang simpati pelbagai pihak.

Pegawai Pendakwa, Sugeng Hariadi dari Pejabat Pendakwa Daerah Garut antara pihak yang tampil mengunjungi kediaman lelaki itu di Tarogong Kaler.

Iklan
Iklan

Mereka menghulurkan bantuan kepada keluarga itu termasuk telefon bimbit.

"Kami memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang dilaporkan tidak dapat belajar kerana tiada kemudahan itu untuk mengakses internet.

Iklan

"Inisiatif ini diambil supaya anak ini dapat belajar dan mengubah kehidupan keluarganya," kata kepada Detik News hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bapa pelajar perempuan itu nekad mencuri telefon bimbit milik majikannya dengan alasan anaknya tidak dapat mengikuti pembelajaran sejak 10 hari lalu.

Iklan

Sugeng berkata, keluarga itu sangat daif dan sumber pendapatan seharian hanya Rp50,000 (RM14).