Kes empat warga asing langgan kanak-kanak disebut 18 Ogos

Iklan

KAJANG - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 18 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula kes melibatkan tiga lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berumur antara 29 hingga 35 tahun yang merupakan pelanggan kepada mangsa kanak-kanak yang dilacurkan bapanya berusia 13 tahun sejak dua tahun lalu.

Hakim Mohd Ali Che Kafli menetapkan tarikh itu selepas keempat-empat tertuduh, Muhammad Haque Anwar ul, Astar Khan, Md Suhag Hosan dan Yousaf Gul tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhana Saat memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan jurubahasa Urdu dan Bangladesh bagi sebutan semula kes dan memohon tarikh baharu bagi pertuduhan itu.

Iklan

Sebelum ini, pada 11 Julai lalu ibu saudara mangsa mendakwa mangsa telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandung sendiri di sebuah kondominium di Hulu Langat sejak tahun 2017.

Suspek utama ditahan polis pada 13 Julai lalu di sekitar Selangor.

Iklan

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa bermula pada pertengahan tahun 2019 sehingga Februari tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rogol, lacur anak: Lelaki tempatan, 7 warga asing disiasat

Lelaki durjana lacur anak, isteri kepada warga asing ditahan

Bapa didakwa rogol, lacurkan anak umur 13 tahun