Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah RM30,000

Iklan

KEMAMAN - Seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun direman selama enam hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000.

Perintah tahanan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Masni Hajar Ghazali di Mahkamah Sesyen Kemaman.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kemaman telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang mengatakan pegawai kanan bahagian narkotik itu secara rasuah meminta dan menerima RM30,000.

Ia sebagai dorongan meringankan kesalahan seorang individu yang ditangkap polis atas kesalahan pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Suspek yang berusia 30 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM cawangan Kemaman semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan