PKH Lahad Datu dinaik taraf
Iklan
LAHAD DATU - Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lahad Datu dinaik taraf kepada Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Lahad Datu.
LHDN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pejabat satelit itu akan beroperasi di No.9,10,11 & 12, Tingkat Bawah Blok A, Harbour Town di sini mulai 10 Ogos ini.
Iklan
Iklan
"Pejabat satelit berfungsi sebagai pusat sehenti LHDN yang terletak di luar kawasan cawangan utama dan mendekatkan perkhidmatan LHDN kepada pembayar cukai atau pelanggan, selain memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding PKH,” menurut kenyataan itu.
Pejabat Satelit Lahad Datu yang berada di bawah seliaan LHDN cawangan Tawau adalah Pejabat Satelit LHDN ketiga selepas pejabat Cyberjaya, Selangor dan Batu Pahat, Johor.
Iklan
Iklan
Perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Satelit Lahad Datu antaranya percukaian, duti setem, Bantuan Sara Hidup dan ez-HASiL melibatkan e-Filing, e-Daftar termasuk ByrHASiL.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>