KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) akan merangka pelan latihan baharu untuk skuad ragbi 15 sebelah negara berikutan keputusan Ragbi Asia membatalkan semua kejohanan tahun ini bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19.
Menurut KRM, pelan latihan itu bertujuan memastikan skuad ragbi 15 sebelah negara kendalian Brad Mika mempunyai persediaan rapi bagi menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa pada tahun depan.