UPKO pecat Abidin sokong Musa Aman
Iklan
KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memecat naib presidennya Datuk Abidin Madingkir berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa terbabit bersama bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan negeri.
Menurut kenyataan parti itu di sini hari ini, keputusan memecat Abidin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.