Larangan bina pondok panas di sekitar pusat mengundi

Iklan

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengingatkan semua parti yang bertanding untuk tidak mendirikan pondok panas atau melakukan sebarang aktiviti meraih undi di semua pusat mengundi PRK Cameron Highlands, Sabtu ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 melalui satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu telah termaktub dalam Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang sebarang aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya pada hari mengundi.

Iklan
Iklan

"Meskipun semua pihak khususnya parti yang bertanding telah mengetahui mengenai perkara yang dilarang itu, namun masih lagi berlaku aktiviti meraih undi dan membina pondok panas dalam empat PRK sebelum ini iaitu Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

"Jadi, kita harap perkara ini dihentikan serta tidak lagi berlaku di PRK Cameron Highlands pada Sabtu ini,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga digesa untuk menguatkuasakan undang-undang itu dengan lebih ketat bagi memastikan kesalahan itu dapat dihentikan.

"Kita mahu SPR dan pasukan penguat kuasa membuat pemantauan dengan ketat kerana kita mahu mewujudkan satu budaya pilihan raya yang baharu di negara ini,” katanya.

Iklan

Dalam perkembangan sama, jawatankuasa itu itu turut meminta kepada semua calon yang bertanding, parti politik dan individu tertentu tidak melakukan sebarang kesalahan pada pilihan raya kali ini termasuk membuat kenyataan yang boleh mencetuskan provokasi di lama sosial.

"Harapan kita untuk melihat semuya pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tenang tanpa sebarang ketegangan,” katanya.