Quartararo ungguli GP Andalusia

Iklan
Quantararo

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo muncul juara Grand Prix (GP) Andalusia di Litar Jerez, sebentar tadi.

Quantararo menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 22.666 saat yang sekali gus menjadikan kejuaraan kedua berturut-turut buat pelumba berkenaan setelah muncul juara GP Sepanyol, di litar sama minggu lalu.