KPKT teliti laksana sanitasi semula bangunan awam: Zuraida

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk melaksanakan operasi sanitasi di bangunan awam setiap enam bulan atau setahun sekali mengikut keperluan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan wabak lain.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, untuk tujuan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diarah melawat dan memeriksa kawasan yang perlu disanitasi semula sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) dalam kebiasaan normal baharu.

Iklan
Iklan

"Kita lihat trend peningkatan (Covid-19) yang tidaklah mendadak, jadi kita harus kawal (daripada bertambah buruk),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Pei You dan Program Kesedaran Cegah Kebakaran di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Salak Selatan di sini hari ini. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan