PKR dakwa kerajaan PN kembali menyerupai BN

Iklan
Amirudin Shari

AMPANG - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin menyerupai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, mereka kini melangkah kembali kepada zaman BN secara perlahan-lahan walaupun pada awalnya menyatakan bahawa kerajaan hari ini ialah untuk rakyat tetapi kini mula menekan media dan pembangkang.

Iklan
Iklan

"Lihat sahaja kes Tabung Haji (TH) dan indeks kebebasan media. Mereka semakin melangkah perlahan-lahan kepada zaman BN.

"Kerajaan PN mula menarik peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Ini bukan ciri-ciri mahukan reformasi kepada pentadbiran dan secara keseluruhan tetapi kembali kepada UMNO. Mereka memberikan nyawa semula untuk UMNO dan BN," katanya pada Konvensyen Penerangan Keadilan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, beliau percaya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN yang belum mempunyai nama gabungan rasmi dan lambang akan menggunakan lambang BN.

"Biarkan mereka kerana itu peluang kita untuk mengalahkan mereka, rakyat tahu dan kenal bagaimana BN. rakyat menolak mereka," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, negeri itu merupakan benteng kukuh walaupun individu yang pernah menjadi watak utama meninggalkan parti tetapi tidak ada satu cabang lumpuh selepas episod pengkhianatan berlaku.

"Namun setelah diuji, saya dapat lihat PKR lebih fokus dan mara berdepan cabaran politik.

"Mungkin sebahagian besar daripada kita tergores dan mempersoalkan bagaimana orang lama dalam PKR yang pernah ditekan dan dipenjarakan akhirnya melanggar prinsip yang selalu diungkapkan," katanya.