Nasib 69 lantikan Bersatu Kelantan belum pasti
Iklan
Kamarudin (kiri) bersama sebahagian kepimpinan Bersatu semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Rabu.
KOTA BHARU - Nasib 45 penghulu tanpa mukim dan 24 ahli majlis daerah di Kelantan yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum diketahui susulan tiada sebarang keputusan berhubung penyambungan lantikan mereka setakat ini.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau juga belum menerima sebarang makluman mengenai perkara tersebut.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai seorang penghulu tanpa mukim, menjadikan keseluruhan 45 orang bagi 45 DUN di negeri ini.
Ujarnya, selain itu terdapat 24 ahli majlis daerah yang turut menjadi perhatian berhubung status penyambungan lantikan masing-masing.
Iklan
"Tak ada (makluman) lagi. Saya pun tidak mahu menggalakkan mereka tidak disambung, cuma tidak tahu nasib lagi.
"Kalau boleh, sambunglah kerana kita mahu berkhidmat," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.
Iklan
Terdahulu media malaporkan pada 8 Jun lalu, Pas mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan Bersatu susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Kamarudin sah digugurkan sebagai Exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka penanda aras kerjasama PN, BN hadapi PRU16 - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi penanda aras kepada kerjasama lebih meluas antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
​Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan positif jentera kedua-dua gabungan di Melaka ketika ini dilihat lebih baik dan harmoni berbanding pilihan raya di Negeri Sembilan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804126/berita/politik/prn-melaka-penanda-aras-kerjasama-pn-bn-hadapi-pru16---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #BN #PN"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:34:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gqLvI1gz2YvlPMv8s/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp1ea"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp1ea"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp1ea"></script>