Usul Tun M cabar pelantikan Speaker akan ditolak mahkamah
Iklan
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi dijangka mengetepikan usul permohonan saman bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sewaktu persidangan Parlimen pada 13 Julai lalu.
Pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, permohonan saman pemula dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi ahli Parlimen itu dilihat tidak kukuh berasaskan hujah yang termaktub dalam Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan.