Tiga beradik ketagih dadah ditahan AADK

Iklan
Antara individu yang ditahan AADK daerah Kuala Muda semalam. - Foto AADK

SUNGAI PETANI- Tiga beradik penagih dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Flat Paya Nahu menerusi Op Cegah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, tiga beradik itu terdiri daripada kakak berusia 24 dan 26 tahun manakala adik lelaki mereka berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

"Keputusan saringan awal air kencing menunjukkan tiga beradik itu positif dadah jenis morfin dan ketika serbuan kita mengesan tiga kanak-kanak berumur 1, 6 dan 8 tahun yang turut berada di situ dipercayai anak kepada dua wanita terbabit

Tiga kanak-kanak diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. - Foto AADK

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Menurutnya, operasi diketuai Pegawai Penguat Kuasa AADK, Irdawati Abdul Hamid bermula jam 6 pagi hingga 11.30 malam itu turut menyerbu sarang penagihan di Pusat Pendaratan Ikan, Pasar Bisik di Kota Kuala Muda.

"Bagaimanapun, kesemua mereka bertindak terjun ke laut selain ada yang melarikan diri dengan menggunakan bot sedia ada," katanya.

Lokasi yang dijadikan port penagihan di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda digempur AADK semalam. - Foto AADK

Iklan

Katanya, seramai empat pegawai dan 10 anggota mengenal pasti 20 lokasi panas antaranya di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda, Bedong, Merbok, Tikam Batu dan Sungai Petani sehingga berjaya menahan 38 penagih dadah berusia antara 15 hingga 57 tahun.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998 dan Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.