Kerajaan dalam proses wartakan pemakaian pelitup muka
Iklan
Pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh perwartaan pemakaian pelitup muka. - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengekang penularan (koronavirus (Covid-19).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh perwartaan itu yang dijangka tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
"Sementara itu, kita galakkan orang ramai memakai mask (pelitup muka di tempat awam),” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Isnin lalu berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan ancaman Covid-19 masih belum berakhir.
Iklan
Katanya, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.
Media melaporkan susulan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 di peringkat global, beberapa negara mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam termasuk Singapura yang pada April lepas mewajibkan semua orang di negara itu berpelitup muka apabila keluar rumah.
Iklan
Sementara itu, mengulas perkembangan situasi Covid-19 semasa negara, Dr Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang dengan peningkatan kes penularan tempatan selain kewujudan kluster baharu dan KKM sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.
Mengenai kes wanita bergelang tangan kuarantin di rumah yang gambarnya tular makan di sebuah restoran di Perak, Dr Noor Azmi berkata, KKM melakukan pengesanan kontak yang terkait dengan individu berkenaan.
Berhubung kes Covid-19 di Sarawak, beliau berkata, KKM akan menambah pasukan ke negeri itu bagi menilai situasi termasuk keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mengikut lokaliti jangkitan kes.
Semalam, KKM melaporkan satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan lapan kluster setakat semalam.
Negeri itu juga kembali mencatat kes harian baharu dua angka dengan 11 kes dilaporkan semalam. - Bernama
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.