Petani didakwa pijak adik OKU

Iklan
Tertuduh, Ananda (kiri) ketika berada di Mahkamah Majistret Kajang hari ini.

KAJANG - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memijak dan menendang adiknya yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian Mei lalu.

Tertuduh, S M Ananda Kumar, 46, yang bekerja sebagai petani membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Shazly Md Sain.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh memijak bahagian dada, menampar muka dan menendang belakang S.M Devakumar, 43, yang mengalami masalah pembelajaran di sebuah rumah di Taman Cuepacs Batu 9, Cheras pada jam 7 malam, 25 Mei lalu.

Oleh demikian tertuduh boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Iklan

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman dan menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.