Tun Ali ingatkan ADUN jaga adab, tatatertib
Iklan
Mohd Ali berucap ketika perasmian persidangan kedua penggal ketiga DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
MELAKA - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini menjaga adab dan tatatertib sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok.
Beliau yang kali pertama berucap selepas memegang jawatan itu berkata, wakil rakyat perlu mengamalkan nilai murni untuk menjadi contoh kepada masyarakat umum sekali gus mencerminkan kematangan pemimpin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perbalahan yang tidak berkesudahan hanya akan merugikan semua pihak dan jurang perbezaan pendapat ditransformasikan menjadi landasan ke arah kerjasama satu pasukan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Sebagai ADUN tindakan dan perlakuan ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa menarik perhatian umum malah perbalahan yang tidak berkesudahan hanya akan merugikan semua pihak.
Iklan
"Saya menaruh harapan persidangan kali ini dapat berjalan teratur dan sempurna serta penuh hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik," katanya.
Mohd Ali berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, di sini hari ini.
Iklan
Sidang DUN kali ini diadakan selama tiga hari dan akan membahaskan 152 soalan bertulis dan 103 soalan lisan.
Terdahulu, beliau dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman tiba di perkarangan Seri Negeri pada jam 9 pagi dan disambut Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Beliau turut menerima tabik hormat daripada Rejimen Kedua Kor Armor Diraja, Port Dickson, Negeri Sembilan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>