KOTA KINABALU - Bilangan kumulatif kes penyakit kolera di Sabah meningkat secara mendadak kepada 43 kes berbanding 21 kes direkodkan pada 1 Julai lepas.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Datuk Frankie Poon Min Fung berkata, faktor utama peningkatan dua kali ganda kes dalam tempoh tiga minggu itu adalah kerana jangkitan penyakit bawaan air dan makanan tercemar.