Angkat martabat Bahasa Melayu bukan sikap perkauman: Anwar
Iklan
Anwar
SHAH ALAM - Perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara, bukan bersikap perkauman.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian yang tidak akan bertolak-ansur dalam perkara tersebut seperti mana yang diperjuangkan sejak di Universiti Malaya (UM).
Iklan
Iklan
Menurutnya, bukan sekadar bahasa rasmi negara tetapi rakyat negara ini perlu mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Sehubungan itu katanya, ramai yang menentang pelaksanaan PPSMI kerana menunjukkan Bahasa Melayu itu seolah-olah tiada keupayaan untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Iklan
"Lebih daripada itu ialah usaha bukan sekadar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tapi universiti, pimpinan politik, media kerajaan dan media awam untuk mengangkat mutu Bahasa Melayu itu.
"Bukan sahaja dari segi bahasa dan sastera tetapi juga dari segi disiplin ilmu.
Iklan
"Apakah ini bermakna ia perkauman? tidak. Kita mengangkat ini kerana ini prinsip Perlembagaan, ini disepakati oleh sebuah kaum, ini negara Malaysia yang memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam hantaran video tazkirah mengenai fahaman perkauman sempit dan pandangan agama di Facebook malam tadi.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyentuh mengenai program membasmi kemiskinan bagi mengurangkan jurang kekayaan di kalangan rakyat.
Menurutnya, ia bukan sahaja membabitkan semua kaum tetapi melibatkan juga jurang di antara satu kaum tertentu.
"Negara ini merdeka dengan segala khazanah kekayaannya untuk siapa? untuk diangkut oleh kroni, anak-pinak?
"Pemimpin besar, anak-anak semua kaya raya billion, ratus syarikat keliling mereka. Kemudian bercakap soal bela nasib rakyat.
"Siapa yang nak percaya? sebab itu saya katakan bila kita ada program dan pendekatan ekonomi, yang harus diutamakan pertama pertumbuhan ekonomi, pelaburan datang, pelancongan mesti ada, hotel dipenuhi, restoran, ekonomi digital, start-up (syarikat pemula)," katanya.
Justeru menurut beliau, program membasmi kemiskinan perlu diberikan penekanan yang besar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>