Kemelut Bersatu hanya sementara
Iklan
Mohd Redzuan Md Yusof
KOTA BHARU - Hala tuju dan asas perjuangan pemimpin serta ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih sama walaupun berlaku kemelut dalaman ketika ini.
Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kemelut yang melanda parti kini diibaratkan sebagai satu perbezaan pendapat dalam sebuah keluarga.
Iklan
Iklan
"Saya berpendapat (kemelut) itu sementara sahaja. Hala tuju dan asas perjuangan gerakan parti ini masih lagi sama. Matlamat yang sama, mungkin jalan itu yang berbeza. Insya-ALLAH kita dapat bertemu daripada satu simpang memperkasakan perjuangan Bersatu.
"Bersatu masih berasaskan kepada perlembagaan dan peraturan parti. Tidak lari daripada perjuangan yang kita bawa,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi libat urus antara Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Koperasi Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini hari ini.
Iklan
Mohd Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) berkata, pemilihan kerusi Bersatu akan diselesaikan dengan cara baik.
"Itu yang saya mahu bawa. Kalau tidak, usaha yang kita lakukan ini akan menampakkan unsur-unsur bahawa kita tidak mahu menyatukan pimpinan kerajaan Pakatan Nasional (PN) dan untuk membela rakyat,” katanya.
Iklan
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai peluangnya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Bersatu, Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, beliau antara orang yang membantu mengasaskan Bersatu.
"Saya tidak boleh nyatakan mempunyai peluang (menang) kerana pemilihan ini dilakukan oleh ahli parti," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>