'Walau sudah mohon maaf, tindakan tegas perlu diambil'

Iklan
Ciapan Ahmad Zahid di laman mikro Twitter beliau pagi tadi.

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa siasatan dilakukan terhadap syarikat pembuat kasut keselamatan susulan cetakan logo Jata Negara di dalam kasut keluaran mereka.

Katanya, walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf secara terbuka tetapi tindakan tegas mengikut akta perlu diambil.

Iklan
Iklan

"Semua pihak perlu lebih sensitif dengan nilai serta kemuliaan lambang institusi kenegaraan," katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis akan panggil syarikat pengeluar kasut

Iklan

Syarikat cetak logo Jata Negara dalam kasut mohon maaf

Hina Jata Negara: Tindakan perlu diambil walau sudah mohon maaf

Iklan

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid har ini berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu dari sebuah syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan berhubung isu logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikat berkenaan.

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Semalam, pengeluar kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikatnya.

BeeThree Footwear dalam satu kenyataan melalui sebuah portal berkata, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.