PDRM akan teliti tuntutan saman keluarga Adib

Iklan
Abdul Hamid Bador - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia meneliti tuntutan saman yang akan difailkan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi menuntut ganti rugi berhubung insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu Bernama hari ini, bahawa pihaknya akan tunggu dan lihat dahulu apa yang terkandung dalam saman itu.

Iklan
Iklan

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk menerima tindakan sivil daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis berhubung kematian Muhammad Adib.

Hari ini, media melaporkan keluarga Muhammad Adib mahu mengambil tindakan saman sivil terhadap pasukan PDRM bagi menuntut ganti rugi berhubung insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Iklan

Keluarga Muhammad Adib juga dilaporkan mahu menuntut ganti rugi kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hamid sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Adib kesal kenyataan KPN

Iklan

KPN sangkal keluar kenyataan bercanggah Mahkamah Koroner

Isnin lalu, Abdul Hamid dalam satu kenyataan, menyangkal dakwaan tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner berhubung kes kematian Muhammad Adib.

Abdul Hamid menegaskan sehingga kini, tiada saksi yang benar-benar dapat menyatakan telah melihat Allahyarham Muhammad Adib dipukul semasa rusuhan dan kesemua keterangan yang diperoleh adalah bersifat dengar cakap serta berupa pendapat.

Beliau berkata, sehingga kini kes Allahyarham Muhammad Adib tidak pernah ditutup dan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah dalam rusuhan berkaitan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib: PDRM cadang tubuh pasukan kajian semula