Wanita Tunisia hina al-Quran dijel enam bulan, denda
Iklan
TUNIS - Seorang wanita muda Tunisia dihukum penjara enam bulan pada Selasa lalu berhubung satu parodi di laman sosial Facebook kerana mengaitkan al-Quran dengan wabak koronavirus (Covid-19).
Sebuah mahkamah di Tunis mendapati Emna Charki, 27, bersalah kerana mengaibkan agama, menghasut dan menyebarkan kebencian pada 4 Mei lalu berhubung hantaran di Facebooknya berjudul Surah Korona sekali gus mengajuk al-Quran berhubung Covid-19.