Dayung kayu hiasan berusia 120 tahun di Muzium Brooke
Iklan
Salliza menunjukkan dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun untuk dipamerkan di Galeri Brooke, Fort Margherita.
KUCHING - Muzium Brooke menambah satu lagi artifak bersejarah iaitu sebatang dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun untuk dipamerkan di Galeri Brooke, Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke.
Pengurus Muzium Brooke, Salliza Sideni berkata, dayung itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke yang berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
Iklan
Iklan
"Pengenalan artifak ini adalah sempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar ini, dan pembukaan semula Galeri Brooke (berikutan penutupan empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) hari ini,” katanya kepada media di muzium itu di sini.
Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium dibuka kepada orang ramai pada 2016.
Iklan
Kubu bersejarah yang diubah menjadi muzium itu dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri ini, tetapi terpaksa ditutup kira-kira empat bulan bagi mematuhi PKP untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.
Iklan
Salliza berkata, beberapa aktiviti menarik menanti pelancong bersempena dengan pembukaan semula muzium itu, dengan banyak artifak dan imej sejarah Sarawak khususnya semasa zaman Brooke dipamerkan. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.