Pembangkang ambil pendekatan tunggu dan lihat
Iklan
Gambar dari kiri: Abdullah Sani, Mahfuz
SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang menyatakan pihaknya akan menunggu apa yang bakal berlaku pada sidang Dewan Rakyat hari ini terutama dalam soal usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kapar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, proses perbahasan pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang untuk bertanyakan mengapa pertukaran tersebut perlu berlaku.
Iklan
Iklan
"Ia suatu proses normal bagi sesuatu usul dibentangkan dan kemudian dibahaskan sebelum proses pengundian berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini merupakan sesuatu yang pelik kerana dilihat tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.
Iklan
"Saya telah melihat peraturannya di mana jika mereka mahu menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat ia perlu mempunyai satu tempoh masa dengan kerajaan mengemukakan cadangan nama dan pembangkang diberikan ruang untuk mengusulkan satu nama.
"Selepas itu baru proses pengundian berlaku. Sekarang ini hanya ada satu nama di pihak kerajaan. Itu saja yang boleh saya nyatakan,” katanya.
Iklan
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena daripada Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan dan menunggu sehingga sidang berlangsung.
Ditanya mengenai keyakinan PH adakah proses pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berlaku, beliau menyatakan tidak mempunyai maklumat lanjut.
"Tunggu esok (hari ini), saya tiada maklumat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>