MPKK, MPKKP dijenamakan semula
Iklan
Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
PUTRAJAYA - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, penjenamaan semula itu diputuskan pada mesyuarat jemaah Menteri kelmarin bagi menambah baik MPKK dan MPKKP.
Iklan
Iklan
"JPKK dikuatkuasakan di 10 negeri pentadbiran Perikatan Nasional manakala JPKKP di empat negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.
"Jumlah JPKK dan JPKKP yang akan dilantik di seluruh negara adalah sebanyak 15,434, melibatkan keseluruhan anggota seramai 128,930 orang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sini semalam.
Iklan
Beliau berkata, pelantikan anggota jawatankuasa adalah bagi tempoh dua tahun dengan kesemua pelantikan itu dijangka selesai pada Ogos nanti.
"Prosedur pelantikan anggota juga ditambah baik iaitu dengan mewujudkan jawatankuasa di peringkat daerah atau Parlimen untuk melakukan tapisan pemilihan calon mengikut pembahagian komposisi parti komponen kerajaan Persekutuan,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>