KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa semua anggotanya mematuhi peraturan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru seperti digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, mana-mana sekolah yang tidak mematuhi peraturan itu yang berkuatkuasa awal bulan ini diminta mengemukakan aduan beserta bukti kepada NUTP melalui emel ke mail@nutp.org.my atau nutphq@gmail.com.