Isu Jata Negara bukan isu kecil remeh

Iklan
Dr Muhamad Zuhaili

SHAH ALAM - Penerbitan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ oleh Kean Wong merupakan isu sangat besar dan sensitif apabila terdapat unsur yang jelas menghina negara.

Pengerusi Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP) Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Muhamad Zuhaili Saiman berkata, mengubah Jata Negara kepada imej tidak wajar merupakan tindakan keji dan jahat.

Iklan
Iklan

"Dalam isu Jata Negara ia bukan isu kecil atau remeh. Sememangnya ada kesalahan boleh diterima alasan dan permohonan maaf begitu sahaja. Namun bukan semua terutama pada isu besar lagi sensitif seperti isu Jata Negara ini," katanya dalam satu kenyataannya.

Dr Muhamad Zuhaili sehubungan itu berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan pihak berautoriti menjatuhkan hukuman bagi mencegah agar isu seumpama ini tidak berulang kali berlaku.

Iklan
Iklan