KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar penerbitan buku yang didakwa menghina Jata Negara, dihentikan pengeluarannya atau ditukar kulit yang baharu, demi menghormati kesucian lambang rasmi kedaulatan negara.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara tersebut perlu dilakukan kerana selain daripada mengelakkan berlakunya lebih banyak tafsiran, penerbitan buku itu mampu mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.