Jumlah pengangguran di Jepun meningkat

Iklan
Jumlah pengangguran di Jepun meningkat pada Mei berbanding bulan sebelumnya ketika pandemik koronavirus (Covid-19) menyebabkan banyak syarikat memberhentikan kakitangan mereka.

TOKYO - Jumlah pengangguran di Jepun meningkat pada Mei berbanding bulan sebelumnya ketika pandemik koronavirus (Covid-19) menyebabkan banyak syarikat memberhentikan kakitangan mereka, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi pada Selasa, kadar pengangguran meningkat 2.9 peratus berbanding 2.6 peratus sebelum ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan berkata, nisbah jumlah pekerjaan pada Mei ialah 1.20 berbanding 1.32 pada April, terendah sejak Julai 2015.

Nisbahnya bersamaan 120 peluang pekerjaan untuk setiap 100 orang yang mencari kerja. - Bernama

Iklan
Iklan