Ahli perniagaan didakwa hina Sultan Kelantan

Iklan
Md Haniff dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghinaan terhadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Md Haniff Md Yunos,40, didakwa secara sedar membuat penghantaran komunikasi dengan niat menyakitkan hati orang lain di laman sosial Facebook atas nama Haniff Md Haniff Yunos jam 1.13 petang pada 14 Disember 2019.

Iklan
Iklan

Bapa kepada lima orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan akaun Facebooknya telah digodam meminta agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia menghidap penyakit bipolar dan perlu menyara keluarga serta isteri yang tidak bekerja.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh memohon jaminan sebanyak RM25,000 kerana tertuduh gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes pada 25 Jun lalu.

Hakim V Mabel Sheela kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Iklan