Mangsa banjir di PPS Sabah kekal 705 pagi ini
Iklan
KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah kekal 705 mangsa daripada 220 setakat jam 9 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 230 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom.