30 korban tragedi feri karam di Bangladesh

Iklan
Kesemua mayat yang berjaya dibawa keluar dari feri tersebut dibawa ke pelabuhan untuk proses pengecaman. - Foto: Agensi

DHAKA - Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dan kira-kira 12 lagi masih hilang selepas sebuah feri terbalik dan karam di ibu negara Bangladesh sejurus bertembung dengan sebuah kapal lain.

Feri The Morning Bird itu dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah feri lain ketika kejadian pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan) tadi di Sadarghat yang merupakan pelabuhan utama di Dhaka.

Iklan
Iklan

"Kami berjaya mengumpulkan 20 mayat penumpang lelaki, tujuh wanita dan tiga kanak-kanak,” kata penyelam daripada pasukan bomba, Abul Khair.

Sementara itu, jurucakap pengawal pantai, Hayet Ibne Siddique berkata, terdapat kira-kira 50 penumpang yang menaiki feri tersebut dan pasukan penyelamat masih giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai terbabit pada kedalaman 12 hingga 15 meter.

Iklan

Saksi memberitahu kebanyakan penumpang dipercayai terperangkap di kabin feri terbabit.

Ketua Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan Air, Komodor Golam Sadeqk berkta, feri satu tingkat itu itu tidak membawa penumpang melebihi muatan dan ia karam akibat kecuaian. - AFP

Iklan