MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh di sini.
Dalam lawatan kira-kira 40 minit itu, Muhyiddin, diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal, yang juga bekas Menteri Besar Johor.