Syarikat China disaman AS kerana jual topeng muka palsu

Iklan
Gambar hiasan

BEIJING - Sebuah syarikat di China yang disaman kerana didapati menjual hampir setengah juta topeng muka N95 palsu dan tidak berkualiti kepada pembeli di Amerika Syarikat (AS) pada April lalu bukan pengeluar topeng muka yang diperakui, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurut Kementerian Perdagangan China, syarikat yang berpusat di Guangdong itu tidak termasuk dalam senarai syarikat yang diluluskan atau didaftarkan sebagai memenuhi standard luar negara.

Iklan
Iklan

Syarikat tersebut telah mengirimkan tiga kumpulan topeng muka N95 yang diperlukan untuk melindungi petugas perubatan dan kakitangan lain dalam mengendali wabak koronavirus (Covid-19) kepada pembeli di AS, menurut aduan yang diajukan di sebuah Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York.

Menurut aduan itu, pengimport topeng berkenaan membayar lebih daripada AS$1 juta (RM4.2 juta) kepada mereka.

Iklan

Susulan daripada itu, kementerian itu menambah bahawa China telah mengambil langkah bagi memperkuatkan pengendalian mutu bahan pencegahan wabak yang dieksport.

Terdahulu, pada April China telah merampas lebih daripada 89 juta topeng muka berkualiti rendah selepas banyak aduan mengenai alat pelindung yang tidak berkualiti dieksport ke seluruh dunia. - AFP

Iklan